Pages

Saturday, December 17, 2016

Penghujung 2016

Bismillah..

Assalamualaikum. 
2016 pun nak sampai penghujung dah. ya Allah cepatnya masa berlalu.. umur pun dah nak masuk angka 3.. eh tapi belum lagi.. ada 3 tahun lagi nak achieve target dalam hidup.. Uthman pun nak masuk 2 tahun.. cepatnya dia membesar ! sihat bijak alhamdulillah sempurna .. isnin ni genap la masuk 2tahun umur uthman. memang simptom mak mak sgt aku sekarang ni. dah mula fikir nak masuk sekolah mana fikir itu fikir ini.. inilah kehidupan aku sekarang. aku kena terima fakta yang zaman remaja dah tamat. ITS OVER guys. kawan kawan semua dah tak remaja dah. semua dah pk pasal family.. 

banyak yg dah berlalu.. azam aku tiap tahun nak jadi yang lebih baik dari semalam. bukan tiap tahun je aku rasa setiap hari aku berazam sebelum tidur aku nak jadi lebih baik dari harini. walaupun kdg kdg bangun tu aku lupa azam sebelum tidur. tapi tulah selagi ada niat insyallah makbul. hehe anway will update another entry soon. k bye . gnight

Monday, June 13, 2016

Ramadhan Kareem 2016

Assalamualaikum


hai.Alhamdulillah ramadhan is back.. tahun ni ramdhan agak berbeza sebb this is our first Ramadhan without our beloved mak. dah almost 8month mak tinggalkan kitorg.. we miss u mak.. alfatihah to my beloved mak.. i know Allah take you to a better place. amin.

anway difrent ramadhan kalini a bit tough for me to take care of others. i mean u know semua preparation nak berbuka dan sahur semua aku ken sediakan. a new challenge for me as a mom and as sister. my siblings need me. so do i.. tanpa dog my life aku jadi sunyi take tempat nak mengadu ..

ok nak cerita pasal ramdhan .. hmm act i still learn how to bf during fasting month. seriusly sangat sangat susah for me to stay alive sampai berbuka. serius wey if ada anyone yg nak share pasal bf momy please do share.. aku still tnga usaha nak berpuasa while bf si uthman. uthman dah besar 1y6m bulan puasa ni. agak lasak dan sngt kuat menyusu even dia makan banyak sekali pun still nak menyusu. i know that Allah bagi kelonggaran untuk ibu yg menyusukan anak bawah 2 tahun.. but still aku fikir mcm nak ganti balik lepas puasa tu .. haih jenuh gak tu . adeh hopefuly Allah bagi kekuatan untuk aku..

anway will update if i do have success in ramadhan kali ni.. i will update the tips. still manage to success haha okay Ramadhan kareem guys.. banyak amal ibadat ye. muahxs

love
sofea

Wednesday, March 30, 2016

Tips untuk pergi baby expo.

Bismillahirrohmanirrohim..

aslmkm. hai semua.. nmpknya harini mmg free ye sebb uthman so behave.haha..
ok la aku rasa nak share pasal bby expo.. aku percaya semua mak mak mudah terpengaruh dengn bby expo. asal ckp ada expo mesti nak pi kan.. so am i.. haha seriously aku mmg suka pegi bby expo. dulukan masa awal awal prgnnt mmg tau bby expo dari fb . org kata beli pampers murah kat bby expo.so aku pun rajin la borong pampers kat bby expo. setelah berbelas expo aku pergi aku dah dapt buat kesimpulan yang sbenarnya.. tak semua bby expo tu BEST. kenapa? meh nak bgtau.. sebenarnyakan bby expo ni kalau untuk first time mommy yg nk cari barang keperluan asas seperti tilam , bantal, bengkong, set bersalin , katil dan espc Stroller.. pergi la cari kat expo espc Stroller.
bolehla korg pergi sana beli. brg lain mmg tak menarik pun. better korg pegi cari dkt supermarket or shopping mall. lagi murah..serious tak tipu. tak payah nak bersesak kan diri pergi expo dengn anak nangis kau pun penat tapi end up tak beli ape apun..kalau nak beli pampers target dan survey brand apa yg kau guna ada tak kat expo tu , kalau takde tak payah la pegi.the pampers ni nak murah kau beli kat lazada sama je harga mcm expo. actually kalau nak beli brg keprluan mcm botol susu tu or pam or tmpat panaskan susu tu boleah la pegi expo sebb semua expo mmg ada jual brg brg botol susu harga mmg berpatutan.  aku list kan apa yang ada dekat expo dan range harga:
1)Pampers (rm 80rm-150rm utk 3-4bungkus)
2)company insurance / education
3)Baby Stroller dan car seat (rm500-3k)
4)Botol susu dan pam susu dan seangkatannya (Avent,NUK, Tommee dll) rang harga dlm 90rm-200rm untk botol susu dan pam susu range dlm 2-3ratus untuk brand paling murah smpi la yg mahal.)
5)Baby coat , tilam bby (usually bnyak brg import range hrga 400rm - 2k)
6)walker, jumpero (tak bnyak sgt ususally 1/2booth je yg jual range hrga 200rm-300rm)
7)play matt or puzzle matt dn seangkatannya rm150-rm500
8)toys and baju (boleh dpt rnge hrga 2rm-50rm)

sllunya brg yg ada mcm katil semua tu sangat mahal sebb dia import dari luar negara .. hmm lagi satu korg kena pandai cari expo. so far kalau nak pergi, pergi la yg dekat shah alam .. memang happening. aku suka cari baju dngn toys anak anak. sgt murah.. baju mmg dapat range harga 2rm-10rm sehelai. yeeee betul.. baju cantik cantik kena pandai pilih la.. lagipun bagi aku baju mahal mahal mmg tak berguna,, budak budak kan cepat mmbesar. kalau baju basahan ni mmg aku suka cari yg murah dan cantik.. so far takdela berkurap badan si uthman tu pakai baju murah. ada org ckp pakai baju murah boleh gatal gatal laa. so far takdepun.. mentality para ibu je.. kalau mampu pegi labeli brand yg mahal.. tak salah pun.. kan? tapi kalau aku mmg suka anak pakai bjau cantik cantik tapi aku takkan beli yg mahal mahal.. paling mahal pun barang dekat H&M je itupun banyak org yg belikan.. so far uthman nampk comel je walaupun pakai baju 3 rinngit. hee :D
ok la kalau nk beli pampers aku suggest buat review sikit.. try compare dekat Lazada or supermarket yg korg sllu beli.. kdg kdg sama je harga,, kalau boleh pegi expo beli la susu or barang mandian .. kat sini mmg murah ak compare dngn kedai biasa.
dalam smua expo yg aku pernah pegi.. area Klang valey dngn KL dan Putrajaya..
so far yg paling bnyak choice untuk baju dan toys korg pegi expo yg ni ok

Image result for mom & baby expo 2016
sellunya dorg buat dekat IDCC shah alam ysng ni memng best sgt. 
ok ni contoh barng yg aku beli masa bby expo TCE mid valley haritu. kedai jual baju ada 2-3booth je hmm so tak bnyak yg dpt grab. tak banyak ke mcm banyak je. hahah

11 helai baju
2 shower bath
1 set tights (4pcs)
2 panties
2 packets wet tissues (travel pack)
total : RM164 
9 helai tshirt long sleeve mcm ni .. very high quality 5rm perpcs je :D

1 baju swimming
pureen travel pack antibacteria rm 10rm for 2 packet
Cetaphil bby bath 2 for RM50 (usual price sebotol rm30+)



bby tights (rm40)
jimat tak jimat tak?? terasa wonderwoman setiap kali bijak berbelanja hihi . Kesimpulannya nak pergi expo survey dulu bukak la fb dorg tengok booth ape yg ada or tanya kwan kawan yg pergi ada tak brg yg kau nk tu dekat expo tu.. kalau takde please jgn buang masa bawak anak bersesak dekat dalam tu.okbai



Tuesday, March 29, 2016

Pengalaman bersalin

Bismillahirrohmanirrohim..

assalammualaikum.

oh entry kalini wajib untuk semua bloggers espc mak mak bloggers. wajib entry kena ada.. haha aku sebagai suka baca blog org mmg suka cari entry ni masa pregnant dulu.actually entry entry mcm ni la yg sangat membantu org kat luar sana. even takde org yg rajin comment blog korg (aku lettew) sebb aku jenis suka scroll baca nak comment mmg malas. tapi blog blog kat luar yg sellu tulis entry pasal benda lumrah kehidupan ni ( hahaha) mmg membantu .. so sharing is caring kan.

ok lah berbalik dekat cerita bersalin.
uthman keluar awal 38minggu . 2minggu awal dari due date. due date aku sepatutnya new year 1.1.206 hehe tapi uthman dah tak sabar nak keluar. terkeluar awal.Nak dijadikan cerita. hospital dah booking awal. aku pilih nak bersalin dekat hospital Al-Islam kg baru. dulu selalu teman arwah mak buat checkup and buat ozon evry month so mmg dah familiar sgt dekat hospital tu.arwah mak yang suruh buat monthly checkuo dekat sana. so mmg decided nak bersalin sana la ni.

Nak dijadikan cerita. ada satu malam ni aku sakit perut memulas macm nak period time tu mmg sakit gila. tanda mmg dah keluar .. ada spot darah keluar tapi time tu tak brixton hicks mmg dah ada . just ignore je. and smpi satu tahap dah sakit sgt terus ckp dgn zaim nk pegi hospital. bila tibe sana buat check rupanya doc kata ada infection. ya Allah time ni mmg admitted sebb doc suruh masuk admitted 1 hari utk clearkan infection dngn dip air. cepat sikit kan.. nak tau tak time ni azab dia mcm mana. doc masukkan sepit tu untuk cuci dekat dalam tu .. sakit sangat okay. mmg ada darah la sebb doc kata dia dah berkumpul jadi darah kotor kat dalam tu. tu yg aku sakit , bukaan belum lagi.. aku tau kenpe ada infection sebb 2 or 3 hari sebelum aku pegi hospital sebb sakit yg sama..time tu aku dekat rumah aku dekat saujana putra. time tu husband rushing pegi hospital hantar aku mana yg dekat je which is Hospital Putra Jaya.. time tu doc check bukaan . aku rasa masa cek tu aku kena infection . myb tka bersih aku tak taula sebb dia pakai sepit gak masa cek tu.. dah la doc baru smeua. dats y aku benci hospital gov. 

ok smbung balik dekat hospital Al-islam , masa ni mmg tak beranak lagi.aku admitted satu hari je. esoknya discharged, time ni mak dngn bpak mertua aku dah tak bagi balik saujan yela risau aku terberanak, tapi aku balik gak.. sebb rasa mcm lama lagi. hehe then few days lepastu aku sakit nak bersalin. bersalin dekat hospital putrajaya sebbnya mmg tak sempat nak pegi al islam. haha nasib baik al islam deposit boleh refund balik..

masa dekat hospital tu macm biasala check tengok bukaan dah 2cm.terus amditted . time ni aku kena transfer dekat hospital bersalin risiko rendah. yang bestnya hopsital ni bilik aku satu, besttt mcm swasta! yang tak best takboleh org teman.dalam tu rumah mcm rumah aprtmnt (mmg apartment pun) dalam satu rumah ada 3 bilik .. bilik aku siap ada toilet sendiri.. kat luar ruang tamu tmpt nurse.. mlm mlm dorg tengok tv sambil tunggu kitorg yg dekat dalam each bilik panggil.. waktu melawat mcm hos gov biasa, haih mmg sedihlaaaaaa. sebb zaim takde dngn aku 24jam. 4hari dkat hospital, 3hari sakit.. hari pertama bukak 2 cm.. hari kedua bukak 3 cm.. hari ke 4 pagi tu doc cek bukaan still 3 cm .. mlm tu aku dah sakit sgt sgt Allah je tau tapi bukaan still 3cm.. pagi tu doc terus solong bukak kan jaln.. then petang tu bukak 4cm terus masuk labour room. time ni arwah mak mmg sentiasa dngn aku, sedih pulak bila teringat,, arwah mak urut belakang aku,, kau tau time dia solat dia doakan aku.. rindunya makk :(
hmm takpelah tak nak sedih sedih.. ok masa dekat labour room kan. sorg je boleh masuk.. dlam tu dia bagi aku makan kurma.. aku mmg takleh makan dah.. zaim pksa makan nnti takde energy.. dia bagi satu bola besar.. aku try duduk tak hilang jugak sakit .. tak kurang pun sakitnya.. smpi la lepas pukul 9mlm aku still tak bersalin lagi.. jalan baru bukak 5cm.. dorg dah kesian tengok aku, dorg decided nak hantar balik hospital ptrajaya sebb dekat pusat bersalin risiko rendah ni dia mmg bagi konsep bersalin secara normal konsep bersalin dirumah.. dorg mmg tak guna peralatan.. so dorg dah decide hantar aku balik ke hospital putrajaya.. aku pegi sana lebih kurang pkul 10 mcm tu.. naiklah ambulan pergi hospital besar balik.tak jauh punn dalm 5min dah sampai.. 

sampai je sana aku mmg dah sakit sgt. doc cek darah , jantung semua okay.. aku dah sakit sgt sgt smpi merayu dngn zaim nak amik epidural which is aku tau risiko epidural macm mana.. time tu nurse dah pegi amik surat nak mintak doc approve kan.. time tu dia terus pecah kan air ketuban.. tak smpi 15saat aku ckp dgn zaim bby nak keluar dah padahal time tu bukaan baru 6-7cm.. pehhhh time tu mmg push 3 kali terus keluar,, doc pun tak ckp bnyak terus pushh je.. alhamdulillah keluarlah uthman.. hehe time tu  tengok bby mmg Allahuakbar..hilang sakit..yg kelakarnya nurse yg gi hantar surat approved tu terpernjat ehh dah bersalin.. tak sempat nak epidural. hahah! one thing benda aku paling benci masa nurse dia bersihkan darah dekat dalam tu.. and masa jahit... takdela besar mana koyak.. tapi sakitnyaaaaaaaaaaaaaaa .tak sukaaaa. rasa nak lempang muka doc doc yg jahit tu, zaim mmg bagi support 100% masa jahit pun dia tengok (dengan rasa tak takutnya) zaim ni mmg gentle laa. dia takut lipas je pun benda lain dia tak takut haha.. ok la tu jela pengalaman yg aku nak kongsi. anway hospital tempat aku bersalin ni mmg best. mcm swasta.... tapi zaim dah ckp dah lepaas ni no more hos gov.. yela aurat kita mmg tak boleh buat apae. kira daruratla.. nasib masa sambut aku tu doc prmpuan. tapi yang takbestnyaa masa jahit.. doc lelaki pelatih. diaorg la jahit.. rasa nak tumbuk ok. tapi nak buat mcm mana tu kerja dorg.. and aku mmg takkan nak pegi hos gov lagi.. bukan sebb servis dorg. tapi sebb aku taknak doc lelaki.. 


ni makanan dorg bagi.tak makan pun sebb sakit.tapi sedap tau (zaim cakap)
ni view dari dalam bilik


breakfast hari ke-3

cek contarction

bilik sorg. jerit la mcm mne sekli pun tk sape kacau.. nurse kata kalau dah rasa tak tahan panggil nurse dia cek jalan. 


Introduce my baby. hello world!

Bismillahirrohmanirrohim..

hai semua,sory la have to delete few post sebb blog dah gila..myb sebab lama dah tak online kot. semua font jadi kecik besar. kenapa tah. anway itu bukan cerita die.sekrg saya nak introduce my first baby boy.  weeheee.. actually dah basi dah nk update, dah tu , uthman dah 1t3bulan dah but its okay nak introduced jugak. tadaaaaaaaa

Uthman Uzair 
19/12/2015

alo rindu je tengok uthman masa baby. la ni dah besaa haha rindu bau baby.. anway nama tu zaim yang bagi.. yang uzair tu je aku yg bagi. at first nak letak umair sebb aku suka sgt nama umar , then bila awal awal lagi masa pregnnt tu zaim dah mengidam nak letak uthman.. so aku diam je la..  mcm mana dpt uzair? masa otw nak gi JPN terus letak je uzair. haa tu namanya dah takdir anak kitorg akan dinamakan Uthman Uzair. hehe nnti next entry aku update pengalaman bersalin okay .




Saturday, March 26, 2016

blog dah gila

seriously blog dah gilaaaa. evrythg is missing. mcm nak buat blog lain je. kbai

Monday, April 28, 2014

I'm Pregnant!

Yeay Alhamdulillah . pregnant? tibe tibe je update pasal pregnant tah bila kahwin. haha tak sempat nak update majlis perkahwinan aku yang berlansung pada bulan lepas (16March2014) tu nanti la kalau ada masa update gambar kahwin hehe yang penting sekrg alhamdulillah saaat yang ditunggu  akhirnya kami akan dikurniakan cahaya mata. insyaa allah jika diberikan rezeki kami sihat semuanya. Meh nak share sikit kepada yang baru kahwin tanda tanda awal kehamilan dan pengalaman membuat UPT ujian kehamilan berdasarkan apa yang aku rasa lah kan.

Tanda Tanda Awal kehamilan 1-2minggu

-Perut Kembung 
ni tanda paling awal aku rasa seminggu perut kembung + makan nangka dekat kampung lagilah menjadi jadi kembung seminggu perut sakit

-Kencing tak lawas
dahlah perut kembung lepas baru nak reda sakit kembung perut kena pulak kencing tak lawas. dia punya sakit nauzubillah.. Allah je tahu dah tu kalau pagi adala 10-15 kali masuk toilet asik nak kencing je. parah betul.. sampai sekarang kencing tak lawas tu masih menghantui aku. tak hilang lagi cuma dah kurang la

-Payudara membengkak
bab ni memang la kalau period pun rasa sakit mcm nak meletup kalini dia triple sakit.

-Emosi tak stabil
haih yang ni memang kesian zaim selalu jugaklah gaduh benda kecik pun aku nak mengamuk dahtu bila zaim salah cakap aku menangis. hati memang cepat sentap pastu rasa panas baran.

-Badan letih
masa 2minggu sblum buat ujian kehamilan tu (ceh upt sudeh) badan memang penat sampai sekrg makin penat.rasa macam buat kerja kontrak sambil puasa haaa bayangkanlah aku punya penat mcm mana padahal takde buat ape pun

-Selera Makan bertambah
yang ni memang champion sebelum ni mmg aku ni jenis kuat makan tapi kalini lain macam nak makan dia nafsu dtg macam orang somalia tak makan berbulan. baru lepas makan nasi sepinggan tak smpai 15minit nak makan lagi. kalau weekend duduk rumah mak mentua. apa yang ada semua aku kebas walaupun malu malu haih hilang semua diet . 

-Pening kepala
kerap kena tapi bukan pening migrain ke ape dia rasa pusing macam naik boat nak pegi pulau. adehh berpusing pusing smpai sekrg pun ada lagi kena 

ok sebenarnya kalau korang research dekat google banyakk sangat tanda awal kehamilan. tapi yang atas aku tulis ni mmg apa yang aku rasa. ada org lain lain pengalaman, Alhamdulillah setakatni takde apa alahan muntah pun takde , belum lagi kot haha ya Allah mintak jauh. ok sbnrnya ni semua tanda sebelum aku dtg period . Naluri aku kata aku pregnant walaupun belum due date nak period.awal awal masa pening tu pun dah rasa pregnant org kata naluri tu kuat. lepastu seminggu 2minggu sebelum period dah buat upt test memang la negative kan haha saja je nak buat experiment kumpul stuck banyak2. then lepas seminggu (sehari sebelum period) bila dah kena kencing kotor tu aku tak puas hati . buat lagi satu UPT tapi kalini ada  line samar, ke perasaan je. period lagi seminggu kot. takkan awal dah boleh ditect. then takpe simpan lagi stick tu time ni dah hapy dah sebenarnya tapi cakap dengan zaim jangan taruh harapan kot kot tak pregnant si zaim ni dok kata aku pregnant sejak aku sakit kepala haha . ok sambung esoknya aku buat test hari yang septutnya aku period tapi tak period. aku buat test pagi tu ada line samar tapi kalini terang samar dia aku tak puas hati lagi guna stick clearblue digital pulak alhamdulillah terus kelaur pregnant 1-2 ^^ Alahamdulillah Allah je tahu perasaan ni gembira macam mana . i know its still early to announced tapi gembira tak terkata Allah saja yg dapat gambarkan perasaan ni. terimakasih Allah . pagi tu bila post dekat instagram terus dapat call dari rakan rakan mmg dorg pun gembira mana taknya baru kawen kot bulan lepas ada yang dok katai laju buat keja haha tapi lantak pi lah kita dah kawen dah halal sukati kita la nak pregnant awal hahaha  . Rezeki dari Allah alhamdulillah :)