Pages

Thursday, May 24, 2012

Petunjuk dari Mu.

tatkala mendirikan solat, tiba tiba hati ku tersentap. ketika mengangkat takbir pertama, hati ku tersentap bagaikan sesuata yang menyapa. Jantungku seperti berdetap dan terhenti, kemudian berdetap dengan lebih laju. Ya Allah aku terduduk, pelbagai persoalan bermain di minda. tidak terkata mulut membisu.difikiran hanya memikirkan soal mati. terbayang wajahku dan perasaan akan ditarik nyawa ketika menunaikan solat sangat membuatku terpaku, Ya Allah ya Tuhan ku, mimpi yang kau datangi kan aku, perasaan yang menyelubungi aku membuat kan aku dalam ketakutan. setiap nafasku, setiap tingkah langkah ku diselubungi kerisauan . adakah ini yang engkau namakan petunjuk dari mu.Ya Allah aku hamba yang hina , diriku dibaluti dosa. setiap solat ku bacaan ayat quran yang keluar dari bibir ku, tapi aku masih di takuk yang lama, menyedari tetapi ku ingkari. doa ku untuk kembali ke jalan yang engkau redhai telah ku temui, tangisan air mata yang mengalir membuat ku rebah sujud memohon keampunan dari mu ya Allah. semoga aku tabah dan kuat mengharungi kehidupan yang mendatang, panjangkanlah umur ku, berilah ku masa menginsafi dan memohon keampunan dari mu ya Allah.terina kasih ya Allah kerana memberi aku kesedaran . aminyarabbala'lamin.

2 comments:

  1. sejahat mana pon kita, Allah masih sayangkan kita :)

    ReplyDelete
  2. betul tu. allah dengar dan tahu segala niat kita. insyallah kalau kita yakin dengan hukum hakam Allah kita kan segera berubah kejalan yang benar. insyallah :)

    ReplyDelete