Berfikir sejenak tentang masa hadapan tatkala dibelenggu dosa masa silam tatkala didalam melakukan kesalahan. Pernahkan terlintas difikiran anda ketika anda sedang melakukan kesalahan dari hukum Allah tak kira kecil atau besar dosanya sambil termenung seketika dan berfikir "adakah betul apa yang dibuat,apakah aku sedar apa aku lakukan" pernah kah anda berfikir sebegitu? jika ya, Alhamdulillah Allah s.w.t masih syg kan kita. Dia masih mahu pelihara kita sebagai seorang umat. Ujian demi ujan ingin diberi supaya kita ingat akan tanggung jawab kita sebagai hamba Allah. Tetapi sebagai manusia kita alpa.alpa dari segala benda. Sedang kita diberi rezeki, kemewahan kegembiraan kita alpa. pernah kah terjadi dalam diri anda ? kita hanya mencariNya ketika kita didalam kesusahan ketika kita didalam kekecewaan dan dibelenggu kesedihan. Ada yang bertanya kepada diri sendiri bila nak berubah? berubah lah kerana Allah bukan kerana sebab sebab tertentu. Perasan tak manusia ni mencari dan mempercayai kuasa tuhan bila rezeki ada depan mata. bila rezeki takde salahkan kuasa allah salah kan diri.mula lah jad gangguan emosi. sedarlah wahai manusia setiap kesusahan yang diberi setiap duka setiap sengsara kesedihan dan dugaan adalah cabaran dari Allah s.w.t untuk kita. Allah itu adil .setiap benda yang terjadi ada sebabnya.janganlah kita mengeluh dengan segala yang diberi.sebaliknya muhasabah dan fikir jalan penyelesaian.apabila kita berfikir tentang Allah tentang kebaikan tatkala kita melakukan kesalahn. Allah itu memberi kita petunjuk bahawa dia masih sayangkan. oleh itu berfikirlah tentang kebaikan dan berubalah sedikit demi sedkit. Duia Akhir zaman berubahlah sebelum pintu taubat itu masih terbuka. berubah lah dari hati untuk diri.
Jangan lah kita alpa dibuai keseronokan dunia. ingatlah alam lain menuggu kita disana.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda " "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." "
Alhamdulillah :)
ReplyDelete