Tak nak buang masa tulis fikir lama lama nak tulis apa. Disebabkan aku tak boleh tidur malam ni tiba tiba nak kaji pasal Felixia Yeap . Dah lama perhati kan dia yang aku tahu one day dia akan convert masuk Islam (amin yrb) . tertarik nak tulis entry malam ni oleh disebabkan si Felixia gadis cina menutup aurat walaupun belum beragama Islam. Apa yang nak di pelikkan kuasa Allah nak bagi pengajaran kepada org islam kat luar sana. Bagi aku ayat tunggu hidayah Allah tu memang aku tak suka and tak boleh pakai. baca tips ni. kot kot korang terbuka hati nak tutup Aurat.
1. Berfikiran sebagai seorang perempuan islam.
Fikir yang kita ni islam. kalau kita jenis tak nak makan kedai china sebab diorang makan B*** (tau pun haram) so tak tutup aurat tu termasuklah lebih kurang kategori makan makanan yang haram. Kategori dosa besar jugak.
2. Membuat perbezaan dosa .
Ada yang kata "even i tak pakai tudung tapi i tak seksi"
tahukah anda perbezaan yang tak pakai tudung tu semua dosa sama je. cara nak dapat dosa free tu sama je cuma ikut kreativiti masing masing. maksudnya? contoh : "si kembang mengenakan sepasang baju kurung merah dan rambut disisir rapi ketepi, dia kelihatan sungguh ayu manakala si Kuncup kelihatan anggun mengenakan skirt atas lutut dan kemeja ketat yang menampakkan dada nya yang montok membuatkan dia kelihatan sungguh mengancam pagi ini " bunyi memang nampak pelik. ok sekarang kalau berani cari perbezaan dengan berlandaskan hadith ni .
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
a) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).
b) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.
ok dapat beza tak? jawapan dia takde beza dua dua pun boleh masuk neraka. cuma si kuncup tu je yang kreatif.
ok dapat beza tak? jawapan dia takde beza dua dua pun boleh masuk neraka. cuma si kuncup tu je yang kreatif.
3. Mencari hidayah.
Bab ni kelakar. ramai yang cakap tunggu hidayah. tahukah anda hidayah tak datang bergolek. Hidayah kawan korang pun takkan datng cari korg kalau tak ada yang memanggil.
Hidayah wajib dicari. Allah akan bagi kita hidayah kalau kita berusaha. tak ada yang datang bergolek. walaupun sejahat mana kita ingatlah Allah yang satu. berusaha lah mendahulukan yang wajib. kita nak sesuatu mesti nak kena usaha bukan? maka usahalah kearah Allah sebb jalan Allah tu adalah jalan terbaik untuk segala-galannya. mcm mana nak cari hidayah nak tutup aurat? bergaul dengan rakan rakan yang menutup aurat i mean banyakkan bergaul. kalau nak follow artis mana mana kat insta follow la artis yang tutup aurat mcm sekrgkan banyak artis dah berubah .kalau rasa takut tak cantik nak tutup aurat or takut tak nampak cantik dalm gambar insta korang( sebb tak dapt nak tunjuk dada gebu dengn rambut kepuk kepuk ) . follow je artis yang dulu nya cantik but now dah insaf. gmbr dorg cantik jugak dlm insta ke instot ke. takde beza. jadi kan dorg mcm inspirasi. tak payah takut lah nak tutup aurat. bukannya mati pun tak dpt selfie tak tunjuk lurah dada. betul tak kawan kawan?
4. Jangan tinggal SOLAT.
suka nasihat kan kawan kawan lain dan diri sendiri. walau setan macam mana pun perangai kita seksi mana pun jangan sesekali lupa kan ALLAH. tolong jangan tinggal solat. "SOLAT tiang agama" yes aku agree sangat. solat tu tiang yang bntuk peribadi. macam mana jahat dan naif nya kita ni solat itulah yang membantu kita ke jalan Allah swt. solat boleh bimbing hati kita. mungkin harini mulut kita jahat suka mengata orang tak bertudung tapi kita tak tinggal solat, in syaa allah dari situ hidayah boleh datang sebb solat yang ikhlas kerana allah sentiasa akan buat kita rasa insaf dengan sesuatu perbuatan jahat yang kita lakukan. manusia, kan selalu buat silap.
5. Ingat mati dan seksaan.
tips last sekali yang paling gerun aku nak type .
ingat MATI. senang cakap tapi cuba korang imgine tentang kematian. harini kita berjalan berpakaian seksi tiba tiba kena langgar masuk longkang terus meninggal. ah sudahh.. acane tu. bukak bukak mata . marabbuka. adeh nak jawab ape ek. time tu semua dah terlambat. takkan nak korek kubur keluar balik kot. aku ckp ni mungkin ramai yang tak takut sebb korang tak imagine betul betul. dalami lah ilmu agama. setinggi mana kita belajar tapi ilmu agama cetek kita tetap tak layak dipandang Allah. masa dekat padang masyar nnti kereta ferari pun tak dapt nk tolong. eh ? so berfikiran lah kearah keagamaan ingatlah dunia semntara. peluang dtg sekali. harini dah berakhir esok hari baru entah lusa entah bila bila allah boleh tarik nyawa kita. aku tau ayat aku cliche tapi buat manusia yang betul betul nak berubah bacalah tiap bait bait perkataan yang aku tulis. takut kan Allah takut hari akhirat.
kesimpulannya aku taklah baik mana meh kita tutup aurat sama sama. sebab aurat aku belum cukup sempurna lagi ditutup sbegai seorg islam. kadang terketat seluar lah (masa pergi gym) walupun dah bertudung aku masih lagi belajar cara tutup yang sempurna.. cuma nak cakap cukup baik nak share ni sebb pengalaman mengajar segalanya. yang buat aku berubah adalah sebab MATI. bunyi kelakar. tapi tak lansung pfft . org kata aku emotional lebih sebb ingat mati. tapi aku rasa cara aku mengingati kematian adalah perkara paling terbaik yang pernah aku imagine sampai buat aku berubah . kalau korang boleh bayang kan angan angan yang indah nak kawin anak raja nak rumah banglo nak ada suami handsome macam farid kamil eh? or mana mana jantan lah yang handsomekat tv tu, imaginasi korang mesti hebat kan smapi termimpi mimpi. so why not mimpi mati??? kalau betul nak berubah buktikan . jangan cakap je.lagi satu baik atau jahat perangai seseorang tu belakang cerita janji tutup aurat dulu ikhlas tak ihklas kan ke itu benda wajib. suka tak suka kena jugak tutup aurat. sebab kita dah janji dengan Allah masa sebelum kita lahir lagi. Lagi satu yang dah pakai tudung tu tak payah lah condem org yang belum bertudung sangat, jaga diri tu elok elok perbaiki lagi nak tegur buat cara teguran yang baik dan munasabah mcm aku tulis ni eh? haha ok apa apa pun usaha doa dan buktikan. aku guarantee Allah akan tunjuk jalan. comfirm! janji Allah itu pasti! tujuan entry hanya untuk teguran dan tanggungjawab aku dengan Allah. bila Allah tanya dekat akhirat apa yang aku dah buat untuk islam? blog ni bukti. tak banyak 0.1% boleh tolong aku dekat akhirat nanti mudah mudahan . in syaa allah. AMIN yrb
No comments:
Post a Comment